MDA Telah Menyertai Reruai APHM International Healthcare Conference & Exhibition 2025
KUALA LUMPUR, 11 Jun 2025 – Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA) telah menyertai APHM International Healthcare Conference & Exhibition 2025 dengan membuka reruai pameran di Dewan 4, aras bawah, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC). Program ini telah dianjurkan selama 3 hari berturut-turut iaitu pada 9 Jun 2025 sehingga 11 Jun 2025 dan dibuka kepada para pengunjung dari jam 9.30 pagi hingga 5.00 petang.
Bertemakan “Managing Healthcare Costs and the Promise of Healthcare Financing”, persidangan ini telah menghimpunkan pemain-pemain industri kesihatan dari dalam dan luar negara bagi membincangkan isu-isu utama berkaitan kos dan pembiayaan penjagaan kesihatan.
Sepanjang program ini diadakan, reruai MDA telah dikunjungi dengan pelbagai kehadiran orang ramai seperti orang awam dan pemain industri peranti perubatan untuk mendapatkan maklumat berkaitan peranti perubatan dengan lebih cepat, jelas dan tepat.
MDA diwakili oleh Pegawai-Pegawai teknikal daripada Bahagian Hubungan Antarabangsa dan Industri (BHAI) dan Bahagian Kawalan Pra-Pasaran (BKPP) yang sedia menjawab pertanyaan dan berkongsi info secara terus kepada pengunjung.
Kesimpulannya, Kehadiran MDA sebagai badan kawal selia yang menyertai program mega ini telah menunjukkan ketelusan dan komitmen MDA dan turut membantu meningkatkan keyakinan pihak Industri bahawa agensi kerajaan memberi sokongan yang padu dengan bersama-sama dalam ekosistem yang sama.
Selain itu,reruai ini menjadi saluran promosi berkesan untuk menunjukkan cara sistem digital MDA yang memudahkan urusan industri dengan hanya melayarinya di portal MDA. Penerangan secara langsung pihak MDA kepada para pengunjung boleh meningkatkan kefahaman dalam isu-isu peranti perubatan dan memberikan kepuasan kepada kedua-dua pihak.
Disediakan oleh : Unit Komunikasi Korporat
Dimuatnaik pada: 16 Jun 2025