VISI

Agensi regulatori peranti perubatan yang mampan dan inklusif bertaraf dunia.

MISI

Komited dalam mengawal selia peranti perubatan agar dapat memacu pertumbuhan industri melalui penguatkuasaan undang-undang serta menyampaikan perkhidmatan yang dinamik dan berteknologi tinggi untuk kesejahteraan kesihatan dan juga ekonomi negara.

TERAS STRATEGIK

  • Memastikan peranti perubatan berkualiti melalui kawalan yang cekap.
  • Memperkasakan penyampaian perkhidmatan yang responsif serta didorong oleh ekosistem digital yang kondusif
  • Meningkatkan keterlibatan yang efektif bersama pihak berkepentingan bagi memperkasakan industri peranti perubatan.
  • Mengukuhkan kolaboratif bilateral dan multilateral untuk mencapai pengiktirafan Antarabangsa

NILAI UTAMA

  • Integriti: Mempunyai sifat jati diri yang merangkumi keikhlasan, keterbukaan, ketelusan, amanah, benar, berpegang kepada prinsip dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab.
  • Efektif: Perkhidmatan atau tugasan diselesaikan tepat pada waktunya, sesuai dengan perancangan yang telah ditetapkan.
  • Profesional: Mempunyai kepakaran, autonomi, komitmen dan bertanggungjawab dalam menjalankan tugas.
  • Kebersamaan: Bergerak bersama dan saling melengkapi antara satu sama lain serta mengetepikan jurang sesama pasukan bagi membentuk pasukan yang kuat yang akan membawa organisasi ke puncak prestasi.