28 Disember 2023 – Mesyuarat Dua Hala antara MDA, Malaysia dan ‘Ministry of Food and Drug Safety’ (MFDS), Korea Selatan telah diadakan secara dalam talian bagi membincangkan potensi kerjasama regulatori dua hala yang akan dilaksanakan melalui pemeteraian MOU.

Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Puan Norlela Hatta@Antah, Pengarah, Bahagian Hubungan Antarabangsa dan Industri (BHAI), MDA dan turut hadir sama adalah pegawai dari Cawangan Hubungan Antarabangsa, BHAI. Manakala delegasi Korea Selatan dari MFDS diketuai oleh Encik Chang Sukjin, ‘Deputy director’, ‘Office for Global Policy and Strategy’, MFDS, Korea Selatan.

Usaha untuk mengadakan kerjasama bersama pihak MFDS dilihat sebagai salah satu platform bagi membolehkan perbincangan ke arah ‘regulatory reliance’ berpandukan kepada
‘Good Reliance Practice’ (GreIP) yang telah diperkenalkan oleh World Health Organization (WHO). ‘Regulatory reliance’ ini merupakan sebagai ‘effective tools’ yang akan memberikan manfaat kepada dua-dua negara dalam mempercepatkan akses peranti perubatan yang selamat dan berkualiti serta penggunaan sumber dan kepakaran secara optimum.

Melalui mesyuarat ini, pihak MFDS telah memberikan reaksi yang positif ke arah pemeteraian MOU MDA-MFDS yang akan dirancangkan pada suku pertama tahun 2024.

gambar_1_-_MUHAMMAD_MUHAIMIN_BIN_R._AZMI_MDA