LOGO_MDA_1_OCT_2025.jpeg

 

PENGUMUMAN

 

🚀 MedTechPreneur 1.0 Kini Dibuka! 🚀

 

Adakah anda usahawan yang bakal mengubah industri peranti perubatan negara?

Peluang anda telah tiba!

Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA) dengan sukacitanya memperkenalkan PROGRAM PEMBANGUNAN KEUSAHAWANAN SEKTOR PERANTI PERUBATAN - MEDTECHPRENEUR 1.0.

Platform eksklusif ini diwujudkan untuk mencungkil potensi, memperkasa inovasi dan melahirkan usahawan tempatan yang mampu bersaing di peringkat antarabangsa.

📌Selari dengan aspirasi Dasar Keusahawanan Nasional 2030, Ekonomi MADANI dan Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030),

📌Diterajui Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) dan agensi-agensi di bawahnya.

 

Kriteria peserta:

  • Warganegara Malaysia
  • Pemilik/pengasas syarikat berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
  • Syarikat perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) yang disahkan berstatus PMKS oleh SME Corporation Malaysia

 

Mengapa anda perlu sertai?:

  • Latihan dan bimbingan regulatori peranti perubatan percuma
  • Sokongan dana pembangunan peranti perubatan inovatif dan berteknologi tinggi
  • Peluang akses rangkaian pasaran global

 

Terma & Syarat:

  • Terhad kepada 25 syarikat PMKS sahaja
  • Hanya peserta yang terpilih layak menyertai program
  • Terbuka untuk pembangunan peranti perubatan berinovatif & berteknologi tinggi

 

Tempat terhad - jangan lepaskan peluang!

 

📩 Pendaftaran kini dibuka. Daftar di ebantuan@mda.gov.my

 

 

Tarikh muatnaik : 1 Oktober 2025

Disediakan oleh : Bahagian Hubungan Antarabangsa dan Industri

Dimuatnaik oleh : Bahagian Komunikasi Korporat