Pengenalan Unit Integriti PBPP

Unit Integriti (UI) Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (PBPP) ditubuhkan selaras dengan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2013 (pekeliling JPA) yang bertujuan untuk mengawal selia dan memantapkan lagi integriti di kalangan warga kerja PBPP serta berperanan sebagai focal point dalam pengurusan isu-isu berkaitan integriti dalam agensi awam. Unit Integriti juga ditubuhkan sebagai satu usaha kawalan dalaman bagi mengawal dan menguruskan hal berkaitan integriti dalam organisasi.

Fungsi Unit Integriti PBPP:

Unit Integriti PBPP berfungsi dan berperanan kepada enam (6) fungsi utama yang berikut:

  1. Tadbir Urus
    - Merancang, melaksanakan program bagi memastikan tadbir urus terbaik dilaksanakan;
  2. Pengukuhan Integriti
    - Merancang dan memastikan program berkaitan pembudayaan, penginstitusian dan pelaksanaan integriti dalam PBPP;
  3. Pengesanan dan Pengesahan
    1. Mengesan dan mengesahkan aduan salahlaku jenayah serta perlanggaran tatakelakuan dan etika organisasi serta memastikan tindakan susulan yang sewajarnya diambil; dan
    2. Melaporkan salahlaku jenayah kepada agensi penguatkuasaan yang berkenaan;
  4. Pengurusan Aduan
    - Menerima dan mengambil tindakan ke atas semua aduan/maklumat mengenai salahlaku jenayah serta pelanggaran tatakelakuan dalam PBPP;
  5. Pematuhan
    - Merancang program yang berkaitan bagi memastikan pematuhan terhadap undang-undang dan peraturan yang berkuat kuasa; dan
  6. Tatatertib
    - Melaksanakan fungsi urus setia Lembaga Tatatertib PBPP

 

integriti mda

Unit ini diletakkan di bawah seliaan Pejabat Ketua Eksekutif PBPP dan diketuai oleh seorang (1) Penolong Pegawai Tadbir.

Klasifikasi Perlanggaran Integriti

KLASIFIKASI

KESALAHAN/PENERANGAN

Rasuah

·      Menerima atau meminta rasuah;

Salah Laku

·      Khalwat.hubungan sulit dan mengganggu rumahtangga orang lain;

·      Tidak hadir bertugas dan gagal dikesan;

·      Keterhutangan yang serius dan meminjam daripada Money Launder;

·      Penyalahgunaan dadah;

·      Tiada di tempat bertugas semasa waktu bekerja;

·      Membuat tuntutan palsu;

·      Sijil cuti sakit palsu;

·      Mengherdik dan menggunakan kata-kata kurang sopan;

·      Membuat kenyataan media tanpa izin;

·      Menjual insurans,MLM semasa waktu bekerja;

·      Kemalangan melibatkan kenderaan jabatan;

·      Keluar Negara tanpa kebenaran, terima tajaan tanpa kebenaran Ketua Jabatan.

Salahguna Kuasa

·      Mengagihkan tawaran Sebut Harga kepada ahli keluarga atau kroni;

·      Mendapatkan dokumen/butiran daripada pihak ke-3 bagi urusan peribadi atau tanpa mengikut prosedur;

·      Menggunakan kenderaan jabatan untuk kepentingan peribadi;

Pelbagai

·      Bayaran tuntutan perjalanan, elaun lambat;

·      Membuat tawaran kerja menggunakan nama Jabatan.

·      Pecah amanah/penipuan;

·      Fraud

·      Lain-lain kesalahan