Dimaklumkan, bermula 1 April 2023, MDA akan menggugurkan permohonan pendaftaran peranti perubatan (baru dan semula) dan permohonan pindaan peranti perubatan yang tidak lengkap dalam tempoh 30 hari bekerja. Walau bagaimanapun, tempoh peralihan diberikan kepada pemohon sehingga 1 Mei 2023 sebelum proses pengguguran bagi permohonan pendaftaran peranti perubatan (baru dan semula) dan permohonan pindaan peranti perubatan yang tidak lengkap diimplementasikan sepenuhnya.
Penghantaran permohonan pendaftaran peranti perubatan (baru dan semula) dan permohonan pindaan peranti perubatan hendaklah disertai dengan maklumat, butir-butir atau dokumen seperti yang telah ditetapkan di dalam Akta Peranti Perubatan 2012 [Akta 737], Peraturan-peraturan Peranti Perubatan 2012, pekeliling-pekeliling MDA, dokumen-dokumen panduan dan garispanduan-garispanduan berkaitan yang telah diletakkan di laman sesawang MDA (portal.mda.gov.my).
Permohonan yang tidak lengkap akan dikembalikan kepada establismen untuk dilengkapkan. Pemohon hendaklah memberikan maklumat atau dokumen yang diperlukan dalam tempoh 30 hari bekerja. Permohonan akan digugurkan sekiranya:
Walau bagaimanapun, pengguguran permohonan ini tidak menjejaskan hak establismen untuk membuat permohonan baru. Fi permohonan bagi permohonan yang digugurkan tidak akan dikembalikan.
Untuk sebarang pertanyaan lanjut, sila emel di registration [AT] mda [DOT] gov [DOT] my.
Dikemaskini: 23 Mac 2023