SEMINAR KAWALAN PENGIKLANAN ANJURAN PIHAK BERKUASA PERANTI PERUBATAN (MDA)
“BOLEH PERCAYA KE IKLAN INI?”
OKTOBER 13, 2022
PENGUMUMAN PERTAMA
KLIK DI SINI UNTUK MELIHAT POSTER
TUJUAN
Seminar Kawalan Pengiklanan anjuran Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA) ini bertujuan menyebarkan kesedaran pengiklanan peranti perubatan yang beretika di Malaysia kepada pertubuhan peranti perubatan, agensi pengiklanan, wakil platform e-dagang, syarikat media massa, wakil industri peranti perubatan, badan penilaian pematuhan dan pihak berkepentingan. Selain itu, seminar ini juga terbuka kepada orang awam yang ingin menimba pengetahuan mengenai pengiklanan peranti perubatan yang selamat dan mematuhi keperluan perundangan.
Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA) ingin menjemput anda untuk menyertai Seminar Kawalan Pengiklanan “Boleh Percaya Ke Iklan Ini” pada 13 Oktober 2022 (Khamis) bertempat di Putrajaya (tempat akan diumumkan kemudian). Diharapkan seminar ini dapat mewujudkan kesedaran dan kefahaman yang mendalam tentang topik kawal selia pengiklanan peranti perubatan untuk kesejahteraan hidup dan kesihatan rakyat Malaysia.
OBJEKTIF
Objektif seminar ini adalah seperti berikut:
SASARAN PESERTA
Seminar ini terbuka kepada:
AGENDA
|
Time |
Topic |
|
8.30 – 8.55 pagi |
Pendaftaran Peserta |
|
8.55 – 9.00 pagi |
Taklimat Program |
|
9.00 – 9.30 pagi |
Definisi Peranti Perubatan - oleh Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA) |
|
9.30 – 10.00 pagi |
Pengenalan Akta 737 dan Peraturan Peranti Perubatan (Pengiklanan) 2019 - oleh Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA) |
|
10.00 – 10.30 pagi |
Minum Pagi |
|
10.30 – 12.00 tengah hari |
Kepentingan Code of Advertisement (COA) dan Cara Permohonan Pengiklanan Peranti Perubatan - oleh Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA) |
|
12.00 – 1.00 petang
|
Kawalan Ke Atas Pengiklanan Produk Kesihatan & Combination Product -oleh Bahagian Penguatkuasaan Farmasi (BPF) |
|
1.00 – 2.00 petang |
Makan Tengah Hari |
|
2.00 – 3.00 petang |
Kawalan Penyiaran Iklan Dalam Media Massa - oleh Lembaga Penapisan Filem (LPF) |
|
3.00 – 4.00 petang |
Usaha Pemantauan Dan Penguatkuasaan Iklan Peranti Perubatan Merentasi Semua Platform - oleh Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA) |
|
4.00 - 4.15 petang |
Minum petang |
|
4.15 – 5.00 petang |
Forum |
|
5.00 petang |
Bersurai |
**tajuk adalah tertakluk pada perubahan
PENDAFTARAN
Yuran Pendaftaran seminar: RM 1,500 seorang
[Terhad hanya kepada 135 peserta sahaja]
Klik DI SINI untuk pendaftaran.
Invois (untuk tujuan pembayaran) bersama butiran kaedah pembayaran akan dihantar kepada e-mel yang berdaftar selepas borang pendaftaran diterima. Tarikh tutup pendaftaran & pembayaran ialah 5 OKTOBER 2022.
Selepas pengesahan pembayaran, MDA akan memberikan e-mel pengesahan yang mengadungi nota dan arahan persiapan sebelum seminar.
MAKLUMAT PERHUBUNGAN
Jika ada sebarang pertanyaan, sila hubungi urus setia melalui e-mel events@mda.gov.my atau talian 03-8230 0240 / 0343/ 0355 / 0211 / 0395/ 0223.
Dimuatnaik: 12 September 2022