• Home
  • News
  • MESYUARAT ASEAN MEDICAL DEVICE TECHNICAL COMMITTEE (AMDTC)

MESYUARAT ASEAN MEDICAL DEVICE TECHNICAL COMMITTEE (AMDTC)

11 - 14 September 2023 - Mesyuarat ASEAN Medical Device Technical Committee (AMDTC) kali ke-12 yang dipengerusikan oleh Thailand, manakala Mesyuarat ASEAN Medical Device Committee (AMDC) kali ke-12 yang dipengerusikan oleh Brunei telah diadakan di Bandar Seri Begawan, Brunei Darussalam. Kesemua negara anggota ASEAN yang telah hadir terdiri daripada Brunei, Kemboja, Indonesia, Laos, Malaysia, Myanmar, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam. Delegasi Malaysia daripada Pihak Berkuasa Peranti Perubatan, Malaysia (MDA) telah diketuai oleh Dr Muralitharan Paramasua (Ketua Eksekutif MDA) dan turut dihadiri Puan Salbiah Bt Yaakop (Pengarah Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik) dan Puan Aidahwaty Bt Ariffin (Pengarah Bahagian Bahagian Kawalan Pra Pasaran).

 

Mesyuarat tahunan ini telah membincangkan perkara berkaitan kawalan peranti perubatan di peringkat ASEAN seperti 'Updates on Recent Developments on Economic Integration Initiatives in ASEAN', 'Report from AMDTC', 'Updates on the Implementation of ASEAN medical Device Directive', 'Technical assistance and Cooperation with Dialogue Partners' dan 'Updates on International Medical Device Regulators Forum'. Agenda lain termasuklah pengesahan pengharmonian sebanyak 60 klasifikasi risiko peranti perubatan, membincangkan tentang 10 produk dalam kategori borderline dan garis panduan Post Market Exchange Information yang diketuai Malaysia.

 

Mesyuarat AMDTC ke-13 yang seterusnya telah dijadualkan pada 6-7 Mac 2024, manakala Mesyuarat AMDC ke-13 akan diadakan pada 9-12 September 2023 di Indonesia.

 

Group_Photo

WhatsApp_Image_2023-09-15_at_9.33.25_AMWhatsApp_Image_2023-09-15_at_9.33.26_AMWhatsApp_Image_2023-09-15_at_9.33.26_AM_1

WhatsApp_Image_2023-09-15_at_9.33.27_AM

  Medical Device Authority (MDA),
Ministry of Health Malaysia,
Level 6, Prima 9, Prima Avenue II,
Block 3547, Persiaran APEC,
63000 Cyberjaya, Selangor, MALAYSIA

  +603 - 8230 0300
  +603 - 8230 0200 
 

Today 1854 Yesterday 4664 Week 29662 Month 174698 Visitor Counter: 118828541

  • Last Updated: 29 September 2023.
facebooktwitterinstagramyoutube
Copyright © 2023 Medical Device Authority
Ministry of Health Malaysia
Best view with Firefox 64 and above, minimum resolution 1366x768