• Home
  • News
  • Mesyuarat AMDTC ke-10 & AMDC ke-11

Mesyuarat AMDTC ke-10 & AMDC ke-11

5 - 8 September 2022 - Mesyuarat ASEAN Medical Device Technical Committee (AMDTC) kali ke-10 yang dipengerusikan oleh Singapura dan Mesyuarat ASEAN Medical Device Committee (AMDC) kali ke-11 yang dipengerusikan oleh Brunei telah diadakan secara atas talian di antara negara - negara ASEAN yang terdiri daripada Brunei, Kemboja, Indonesia, Laos, Malaysia, Myanmar, Filipina, Singapura dan Thailand. Delegasi Malaysia daripada Pihak Berkuasa Peranti Perubatan, Malaysia (MDA) telah diketuai oleh Puan Salbiah Bt Yaakop dan turut hadir adalah pegawai - pegawai dari Bahagian Dasar, Hubungan Antarabangsa & Fasilitasi Industri (DASAR), Bahagian Kawalan Pra Pasaran (BKPP) dan Bahagian Pasca Pasaran & Penguatkuasaan (BPP).

Mesyuarat tahunan ini melibatkan Pihak Berkuasa dari negara - negara ASEAN untuk membincangkan perkara berkaitan peranti perubatan bagi tujuan pengharmonian di peringkat serantau. Hasil perbincangan bagi klasifikasi risiko dan produk borderline, mesyuarat telah mengharmonisasikan sebanyak 77 klasifikasi risiko peranti perubatan dan 14 produk borderline. Melalui mesyuarat ini juga, MDA turut membentangkan garis panduan Post Market Exchange Information yang telah dibangunkan untuk ASEAN Member States, status pelaksanaan post market surveillance vigilance oleh negara ASEAN dan juga Updates on Global Harmonization Working Party (GHWP). Di samping itu, terdapat juga perbincangan berkaitan kerjasama ASEAN dengan pihak US dan Japan.

Mesyuarat AMDTC ke-11 seterusnya dijadualkan akan diadakan pada 16-17 Mei 2023, manakala Mesyuarat AMDC ke-12 akan diadakan pada 11-14 September 2023 di Brunei Darussalam.

 

1615WIN 20220908 12 47 21 Pro

12313

  Medical Device Authority (MDA),
Ministry of Health Malaysia,
Level 6, Prima 9, Prima Avenue II,
Block 3547, Persiaran APEC,
63000 Cyberjaya, Selangor, MALAYSIA

  +603 - 8230 0300
  +603 - 8230 0200 
  mdb [AT] mda [DOT] gov [DOT] my

Today 4425 Yesterday 6507 Week 17257 Month 159071 Visitor Counter: 116563197

  • Last Modified: 29 March 2023.
facebooktwitterinstagramyoutube
Copyright © 2023 Medical Device Authority
Ministry of Health Malaysia
Best view with Firefox 64 and above, minimum resolution 1366x768