SESI PERJUMPAAN BERSAMA KETUA EKSEKUTIF MDA DAN PERSATUAN PERGIGIAN
Sesi bergambar pihak MDA bersama Pihak Persatuan Pergigian
27 JULAI 2026 | CYBERJAYA - Medical Device Authority (MDA) telah mengadakan sesi perjumpaan bersama wakil Program Kesihatan Pergigian, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Malaysia Dental Technologist Association (MDTA), Persatuan Juruteknologi Pergigian Malaysia (PJPM) dan Malaysia Dental Industry Association (MDIA).
Sesi yang dipengerusikan oleh Ketua Eksekutif MDA ini memberi tumpuan kepada perbincangan mengenai isu-isu berkaitan pengimportan dan pengeksportan peranti perubatan pergigian yang dibangkitkan oleh pihak persatuan.
MDA komited untuk meneruskan libat urus yang inklusif dan berterusan bersama pihak berkepentingan bagi memperkukuh kerjasama, memahami keperluan industri serta mengenal pasti ruang penambahbaikan dalam pelaksanaan kawal selia peranti perubatan di Malaysia.
Disediakan oleh: Encik. Luqman Hafifi Bin Che Yussof, Bahagian Hubungan Antarabangsa & Industri
Dimuatnaik: Encik. Muhammad Syamsul Akmal Bin Shaharizan, Bahagian Komunikasi Korporat
Tarikh muatnaik : 27 Julai 2026