imresizer-IMG_20260427_092227_-_Image_2_1En. Muhammad Nasri Bin Mohd Amin sedang menyampaikan taklimat kepada warga MDA 

CYBERJAYA, Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA) telah berjaya menganjurkan Program Taklimat Kesedaran Polisi Keselamatan Siber (PKS) Versi 1.0 bertempat di Bilik Seminar, Aras G, MDA. Program yang dihadiri oleh seramai 43 orang kakitangan MDA ini merupakan sebahagian daripada inisiatif berterusan agensi dalam memperkasakan pembudayaan ICT dan keselamatan digital di tempat kerja.

Sesi taklimat ini telah disampaikan oleh En. Muhammad Nasri bin Mohd Amin daripada Unit Keselamatan Siber, Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). PKS Versi 1.0 ini dibangunkan berdasarkan kerangka antarabangsa ISO/IEC 27001:2022 serta mengambil kira obligasi di bawah Akta Keselamatan Siber 2024 (Akta 854). Taklimat ini bertujuan untuk:

imresizer-IMG_20260427_092309_-_Image_1Barisan warga MDA yang terlibat di dalam program ini 

  • Menyediakan satu rangka kerja yang sistematik bagi menguruskan keselamatan siber agensi.
  • Bertindak sebagai panduan rasmi dalam melindungi aset dan maklumat organisasi daripada ancaman yang boleh menjejaskan penyampaian perkhidmatan kesihatan.
  • Meningkatkan kesiapsiagaan kakitangan dalam menghadapi vektor serangan siber yang semakin kompleks.

Antara intipati utama yang ditekankan merangkumi ancaman phishing, perisian tebusan (ransomware), taktik penipuan siber (scammer), serta cabaran teknologi baharu seperti kecerdasan buatan (Artificial Intelligence - AI Deepfake). Kakitangan turut diingatkan mengenai kepentingan pengurusan kata laluan yang mempunyai tahap keselamatan tinggi dan pematuhan kepada prinsip Kepercayaan Sifar (Zero Trust) serta amalan Meja Selamat dan Paparan Selamat (Clear Desk and Clear Screen).

Pematuhan terhadap PKS ini adalah WAJIB bagi seluruh warga MDA termasuk kakitangan tetap, kontrak, serta pihak ketiga yang berurusan dengan aset digital MDA. Kegagalan mematuhi peruntukan ini boleh dikenakan tindakan tatatertib atau undang-undang.

imresizer-imresizer-IMG_0362_-_Image_3Sesi bergambar warga MDA bersama Penceramah

 

Disediakan oleh: Encik. Ruhan, BDTM
Dimuatnaik: Encik. Syamsul Akmal, BKK

Tarikh muatnaik : 11 Mei 2026