MDA ingin memaklumkan bahawa penetapan dasar bagi tatacara pendaftaran peranti perubatan yang diimport dari atau dieksport ke negara-negara yang tiada hubungan diplomatik dengan Malaysia yang dikenakan sekatan perdagangan telah diluluskan selaras dengan keputusan yang dibuat di dalam Mesyuarat Anggota MDA Bil. 1/2024. Penguatkuasaan dasar ini adalah melalui Surat Pekeliling Bil.1/2024 dan berkuatkuasa bermula 26 April 2024.
Melalui penguatkuasaan Surat Pekeliling Bil.1/2024 ini, tatacara pendaftaran peranti perubatan yang diimport dari /dieksport ke negara-negara tiada hubungan diplomatik yang dikenakan sekatan perdagangan oleh Malaysia perlu melalui aturan seperti berikut:
Pihak MDA boleh mempertimbangkan permohonan pendaftaran peranti perubatan sekiranya establismen mematuhi kedua-dua keperluan (a) dan (b) di atas.
Dengan terbitnya Surat Pekeliling Bil. 1/2024 ini, maka Surat Pekeliling Bil. 4/2014 (Semakan 1) adalah terbatal.
Surat Pekeliling Bil. 1/2024 boleh dimuat turun dari laman sesawang MDA, dan menerusi pautan berikut KLIK DISINI.
Sekian, terima kasih
Ketua Eksekutif
Pihak Berkuasa Peranti Perubatan
6 Mei 2024