PENGUMUMAN: KEPERLUAN PELABELAN PERANTI PERUBATAN

Adalah dimaklumkan bahawa, dokumen panduan berkenaan “Requirements for Labelling of Medical Devices (MDA/GD/0026), Fifth Edition” telah diterbitkan pada 22 Jun 2022.

Walau bagaimanapun, MDA bersetuju untuk memberikan tempoh peralihan sehingga 31 Disember 2022 kepada establismen bagi kepatuhan terhadap keperluan yang dinyatakan dalam dokumen panduan “Requirements for Labelling of Medical Devices (MDA/GD/0026), Fifth Edition”.

Kepatuhan terhadap keperluan pelabelan bagi dokumen panduan “Requirements for Labelling of Medical Devices (MDA/GD/0026), Third Edition” masih terpakai. Sementara itu, pihak establismen hendaklah membuat persediaan terhadap keperluan pelabelan sepertimana yang telah dinyatakan di dalam dokumen panduan “Requirements for Labelling of Medical Devices (MDA/GD/0026), Fifth Edition”.

MDA ingin menarik perhatian mana-mana establismen yang ingin mengimport dan mengedarkan peranti perubatan ke pasaran Malaysia pada 1 Januari 2023 hendaklah memenuhi keperluan pelabelan “Requirements for Labelling of Medical Devices (MDA/GD/0026), Fifth Edition”. Justeru, bagi memastikan aktiviti pengimportan dan pengedaran peranti perubatan dapat dijalankan dengan lancar, establismen disarankan membuat persediaan sebelum 31 Disember 2022.

Maklumat lanjut berkenaan senarai pindaan terhadap dokumen panduan “Requirements for Labelling of Medical Devices (MDA/GD/0026), Fifth Edition” boleh dirujuk melalui pautan berikut: KLIK SINI

 

 

Dikemaskini: 29 Jun 2022 

Print

  Medical Device Authority (MDA),
Ministry of Health Malaysia,
Level 6, Prima 9, Prima Avenue II,
Block 3547, Persiaran APEC,
63000 Cyberjaya, Selangor, MALAYSIA

  +603 - 8230 0300
  +603 - 8230 0200 
 

Today 4462 Yesterday 6258 Week 22272 Month 41958 Visitor Counter: 117341805

  • Last Modified: 08 June 2023.
facebooktwitterinstagramyoutube
Copyright © 2023 Medical Device Authority
Ministry of Health Malaysia
Best view with Firefox 64 and above, minimum resolution 1366x768