Bahagian Polisi, Kod Dan Standard
Indeks Artikel
Halaman 1 dari 3
FUNGSI BAHAGIAN POLISI, KOD DAN STANDARD
- Membangun, merancang, menyelaras dan melaksanakan;-
i- pembangunan dasar dan dokumen perundangan seperti peraturan dan perintah berkaitan kawalan peranti perubatan di bawah Akta Peranti Perubatan 2012 (Akta 737),
ii- pembangunan dokumen panduan, kod dan standard berkaitan kawalan peranti perubatan di bawah Akta Peranti Perubatan 2012 (Akta 737) dan peraturannya dengan lebih terperinci,
iii- pembangunan makmal bertaraf GLP
- Membangun, merancang, menyelaras dan melaksanakan aktiviti pengukuhan jalinan kerjasama pelbagai hala antara agensi di dalam dan luar negara,
- Membangun, merancang, menyelaras dan melaksanakan aktiviti bantuan industri
- Membangun, merancang, menyelaras dan melaksanakan aktiviti pemantauan kematuhan kepada keperluan perundangan di bawah Akta 737 melalui pemeriksaan dan audit.
Bahagian Dasar, Kod & Standard terbahagi kepada 2 cawangan iaitu:
- Cawangan Dasar & Bantuan Industri yang terdiri daripada 3 unit iaitu Unit Dasar & Hubungan Antarabangsa, Unit Pembangunan Kod & Standard dan Unit Bantuan Industri,
- Cawangan Audit Pematuhan yang menjalankan aktiviti audit CAB, pengurusan kualiti produk dan premis dan audit regulatori.