• Home
  • News
  • AKTIVITI PENGUATKUASAAN PENDIDIKAN SEMASA PENULARAN PANDEMIK COVID - 19 OLEH PIHAK BERKUASA PERANTI PERUBATAN (PBPP), KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA.

AKTIVITI PENGUATKUASAAN PENDIDIKAN SEMASA PENULARAN PANDEMIK COVID - 19 OLEH PIHAK BERKUASA PERANTI PERUBATAN (PBPP), KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA.

 
Semenjak penularan pandemik COVID-19, permintaan pelitup muka pembedahan dan perubatan meningkat secara mendadak di Malaysia. Bagi memastikan pelitup muka pembedahan dan perubatan yang berada di pasaran negara berdaftar di bawah Akta Peranti Perubatan 2012 (Akta 737) dan keselamatan, prestasi dan kualiti peranti tersebut terjamin, pada 4 November 2020, PBPP telah menjalankan aktiviti pemeriksaan di premis-premis yang menjual peranti-peranti tersebut. Selain tujuan yang dinyatakan di atas, aktiviti ini juga dijalankan bagi memberi pengetahuan dan kesedaran kepada orang awam terutamanya penjual-penjual peranti perubatan mengenai kepentingan untuk menjual dan menggunakan peranti perubatan yang telah didaftarkan oleh PBPP.
 
PBPP melakukan pemeriksaan di tempat-tempat awam seperti farmasi, kedai runcit dan pusat membeli belah di sekitar Bangi, Putrajaya dan Cyberjaya. Pemeriksaan dijalankan ke atas 30 buah premis dan sebanyak 19 premis didapati telah menjual pelbagai pelitup muka pembedahan dan perubatan yang tidak berdaftar dengan PBPP. PBPP telah memaklumkan pihak yang terlibat mengenai keperluan pendaftaran di bawah Akta 737 dan implikasi perundangan sekiranya berlaku pelanggaran kepada peruntukan tersebut.
 
Aktiviti ini akan dilakulan oleh PBPP dari semasa ke semasa untuk memberi pendidikan dan kesedaran orang awam mengenai kepentingan mematuhi Akta 737 dalam memastikan keselamatan dan keberkesanan peranti perubatan dalam pasaran.
 
Sehubungan dengan itu, orang awam dinasihatkan untuk membeli pelitup muka pembedahan dan perubatan yang berdaftar dengan PBPP kerana pelitup muka pembedahan dan perubatan yang berdaftar telah disahkan keselamatan dan keberkesanannya. Orang awam disarankan untuk memeriksa status pendaftaran pelitup muka pembedahan dan perubatan dengan melayari portal rasmi MDA, undefined , atau hubungi 03- 8230 0300 untuk sebarang pertanyaan lanjut.
 
 
125499228 1098863823895491 4719008156071403042 n                                                       
 
    125530853 1098863847228822 5246832650859056840 n
 
 
 
 
 
125963805 1098863793895494 2091230377773861728 n                                                                                                                 
 
 
 
 
 
125878933 1098863607228846 5269157220718664977 n                                                                                                                   
 
 
 

126282790 1098863760562164 6470688508603178950 n

 
  Medical Device Authority (MDA),
Ministry of Health Malaysia,
Level 6, Prima 9, Prima Avenue II,
Block 3547, Persiaran APEC,
63000 Cyberjaya, Selangor, MALAYSIA

  +603 - 8230 0300
  +603 - 8230 0200 
  mdb@mda.gov.my

Today 452 Yesterday 811 Week 452 Month 46370 Visitor Counter: 600669

  • Last Modified: 20 November 2020.
facebooktwitterinstagramyoutube
Copyright © 2020 Medical Device Authority
Ministry of Health Malaysia
Best view with Firefox 64 and above, minimum resolution 1366x768