• Home
  • News
  • SESI LIBAT URUS BERKAITAN PINDAAN AKTA PERLINDUNGAN DATA PERIBADI 2010 [AKTA 709] BERSAMA KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA (KKM), MALAYSIAN PHARMACISTS SOCIETY (MPS) DAN PIHAK BERKUASA PERANTI PERUBATAN (MDA)

SESI LIBAT URUS BERKAITAN PINDAAN AKTA PERLINDUNGAN DATA PERIBADI 2010 [AKTA 709] BERSAMA KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA (KKM), MALAYSIAN PHARMACISTS SOCIETY (MPS) DAN PIHAK BERKUASA PERANTI PERUBATAN (MDA)

MDA telah dijemput untuk menghadiri satu sesi libat urus yang dianjurkan oleh Jabatan Perlindungan Data Peribadi, Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) pada 13 September 2023 di Bilik Mesyuarat Aras 6, Kompleks KKD. Sesi libat urus ini telah dihadiri oleh Ketua Cawangan Perancangan Strategik, DASAR, Pn. Nashirah Bt Naiimi dan Pegawai Undang-Undang, En Ahmad Firdaus Bin Surmazalan sebagai wakil daripada MDA, Selain itu, pegawai-pegawai daripada Program Perkhidmatan Farmasi, KKM dan Cawangan Kawalan Amalan Perubatan Swasta, Bahagian Amalan Perubatan, KKM turut dijemput menghadiri sesi libat urus ini yang juga dihadiri oleh pegawai-pegawai daripada Jabatan Perlindungan Data Peribadi.

Sesi libat urus ini bertujuan untuk mendapat input serta pandangan daripada wakil Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Malaysian Pharmacists Society (MPS) dan Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA) berhubung cadangan pindaan Akta Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (Akta 709) bagi memperkemaskan dan meluaskan pematuhan serta penguatkuasaan terhadap entiti-entiti di bawah kawalselia KKM, CKAPS, MPS dan MDA. Sesi ini juga merupakan sebuah platform bagi mengemukakan sebarang isu berkaitan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (Akta 709) supaya dapat dipertimbangkan dalam pindaan yang akan dibuat.

Sesi ini telah dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Ketua Pengarah Jabatan Perlindungan Data Peribadi, Prof. Dr. Mohd Nazri bin Kama dan pembentangan oleh pihak sekretariat berkaitan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (Akta 709) serta cadangan pindaan yang akan dilakukan. Dalam sesi ini juga, wakil MDA telah dijemput untuk menyampaikan sedikit sebanyak maklumat berkaitan latarbelakang organisasi, skop kawal selia dan statistik berkaitan entiti-entiti perubatan di bawah kawalan MDA.

 

WhatsApp_Image_2023-09-15_at_11.49.33_AM 

  Medical Device Authority (MDA),
Ministry of Health Malaysia,
Level 6, Prima 9, Prima Avenue II,
Block 3547, Persiaran APEC,
63000 Cyberjaya, Selangor, MALAYSIA

  +603 - 8230 0300
  +603 - 8230 0200 
 

Today 1663 Yesterday 4664 Week 29471 Month 174507 Visitor Counter: 118828350

  • Last Updated: 29 September 2023.
facebooktwitterinstagramyoutube
Copyright © 2023 Medical Device Authority
Ministry of Health Malaysia
Best view with Firefox 64 and above, minimum resolution 1366x768