• Home
  • News
  • PEMERIKSAAN BERSEPADU PIHAK BERKUASA PERANTI PERUBATAN (MDA) BERSAMA KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN KOS SARA HIDUP (KPDN) PERAK

PEMERIKSAAN BERSEPADU PIHAK BERKUASA PERANTI PERUBATAN (MDA) BERSAMA KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN KOS SARA HIDUP (KPDN) PERAK

22 Disember 2022 – Satu pemeriksaan bersepadu telah diadakan di sekitar Ipoh dengan kerjasama KPDN Perak. Tujuan pemeriksaan ini adalah untuk memberi kesedaran awam terhadap tanggungjawab pengguna dan peruncit bagi memastikan hanya peranti perubatan berdaftar sahaja diletakkan dalam pasaran.

Peranti perubatan yang dipantau ialah kit ujian COVID-19, alat pengukur tekanan darah, kondom, pelitup muka perubatan, oximeter, termometer, UPT, pembalut luka, peti pertolongan cemas dan lain-lain.

Hasil pemeriksaan mendapati sebanyak 1 daripada 12 premis yang diperiksa gagal memenuhi keperluan Akta 737 dengan menjual peranti perubatan tidak berdaftar. Tindakan yang sewajarnya telah diambil kepada premis tersebut.

Sehubungan dengan itu, orang awam dinasihatkan untuk lebih peka dan memastikan peranti perubatan yang hendak dibeli adalah berdaftar. Semakan pendaftaran peranti perubatan boleh dibuat melalui pautan yang berikut https://mdar.mda.gov.my/

Penulis: Muhamad Izham Bin Muhamad Noor

 

P7P6P5

P4P3P2

  Medical Device Authority (MDA),
Ministry of Health Malaysia,
Level 6, Prima 9, Prima Avenue II,
Block 3547, Persiaran APEC,
63000 Cyberjaya, Selangor, MALAYSIA

  +603 - 8230 0300
  +603 - 8230 0200 
  mdb [AT] mda [DOT] gov [DOT] my

Today 2756 Yesterday 4499 Week 2756 Month 28780 Visitor Counter: 116139730

  • Last Modified: 03 February 2023.
facebooktwitterinstagramyoutube
Copyright © 2023 Medical Device Authority
Ministry of Health Malaysia
Best view with Firefox 64 and above, minimum resolution 1366x768